Thursday, December 10, 2009

DERMA DARAH KALI KE-10 (7 MAC 2009)

kegembiraan yang dicerminkan oleh pelajar yang berjaya menderma darah...

Para pegawai patologi Hospital Duchess Of Kent sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada calon penderma darah...

Tiada yang rasa sakitnya... Para pelajar sempat bergurau senda semasa menderma darah...

Sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan orang awam...

Ahli Jawatankuasa KDD 10 yang bertungkus lumus menjayakannya... kamilah PEPTEE!

Mendapat publisiti yang meluas di Daerah Sandakan...

Penolong Kanan Pentadbiran, En. Kwok Chee Yen turut serta dalam menjayakan KDD kali ini... Tahniah!

Tenang dan tidak gementar daripada guru-guru SMK Elopura...

Siap bawa sanak-saudara lagi untuk menderma darah... Nanti bila dah cukup umur nanti jangan lupa derma darah ya!

AJK yang terlibat... Walaupun penat tetap ceria...


SEBANYAK 115 BEG DARAH DAPAT DIKUMPULKAN DALAM KDD KALI INI...

SYABAS SMK ELOPURA!

Wednesday, December 9, 2009

SUASANA KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-8 (5 JULAI 2008)

MENDERMA DARAH DAN MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA PENAJA...

Kuiz derma darah yang turut diadakan semasa kempen diadakan...

Tayangan video juga diadakan sambil menanti giliran menderma darah...

Antara guru-guru yang turut serta didalam menjayakan kempen kali ini
Cikgu Anis Juge juga terlibat dalam kempen ini...

AJK Teknikal yang bertugas... SUPARMAN DAN IBNUH HAJAR...

TENANG DAN BERSAHAJA...

Sekitar keadaan di luar sekolah semasa kempen diadakan...

Merehatkan diri selepas menderma darah

Guru-guru juga memberikan semangat kepada pelajar yang menderma darah... CIKGU RAIHA selaku guru yang bertanggungjawab dalam kempen ini...

Kehebatan sambutan yang diberikan oleh para pelajar untuk menderma darah...

SEBANYAK 132 BEG DARAH BERJAYA DIKUMPULKAN PADA KEMPEN KALI INI...

SYABAS SMK ELOPURA!

SEKITAR KEMPEN DERMA DARAH KE-7 (MAC 2008)


wajah-wajah Ahli Jawatan Kuasa Pendaftaran


Mendapat tajaan daripada Syarikat Milo


Suasana dalam Dewan Bestari semasa kempen dilaksanakan


TENANG DAN BERSAHAJA... Contoh guru yang sanggup berbakti pada masyarakat yang memerlukan darah... Mulianya seorang guru... terima kasih Cikgu Monica


PASRAH... Melihat jarum yang bakal dibenamkan ke dalam urat... jutaan terima kasih kepada Cikgu Jefri


SEBANYAK 86 BEG DARAH BERJAYA DIKUMPULKAN DALAM KEMPEN KALI INI...

TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG MENDERMA DARAH... SEKALUNG TERIMA KASIH BUAT SEMUA...

SEJARAH PENUBUHAN KELAB DERMA DARAH SMK ELOPURA


Program ini merupakan cetus idea Cikgu Raiha Ab. Rahman (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional). Idea ini terus dipanjangkan kepada Ustaz Abdullah Hamzah (Ketua Panitia Pendidikan Islam). Atas kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) Persatuan Tingkatan Enam (PEPTEE), dan guru-guru tingkatan enam, dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di samping mendapat sokongan kuat daripada Pengetua SMK Elopura, program ini telah berjaya dijalankan buat kali pertamanya pada tahun 2005. Sambutan daripada murid tingkatan enam khasnya dan tingkatan lima serta guru amnya amat menggalakkan. Ekoran itu, program ini dijadikan program tahunan dalam Takwim Panitia Pendidikan Islam. Untuk tahun 2006, program ini dijalankan sebanyak 2 kali.



Bermula bulan Jun 2007, Program Derma Darah telah diselaraskan oleh Ketua Bidang Kemanusiaan (Rahima Lagago) dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional (Raiha Ab. Rahman) memandangkan Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustaz Abdullah Hamzah telah berpindah ke Maktab Tawau. Dibawah kelolaan kedua-dua Ketua Bidang di atas, program ini mendapat sambutan lebih baik daripada murid-murid SMK Elopura. Setiap tahun SMK Elopura merupakan sekolah yang paling tinggi menyumbang kutipan darah untuk Tabung Darah Hospital Duchess Of Kent. Malah Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Dr. Zorina Khalid sangat berbangga dan berpuas hati dengan sumbangan dan komitmen warga SMK Elopura dalam membantu pihak hospital.



Bagi memastikan kelancaran perjalanan program, selain persatuan PERPIS dan PEPTEE, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pelajar asrama juga terlibat secara aktif. Walau bagaimanapun penglibatan ibu bapa agak kurang memberansangkan. Oleh yang demikian, bermula tahun 2009 PIBG SMK Elopura telah dilibatkan secara langsung dengan penubuhan Jawatankuasa Kempen Derma Darah. En. Sharif Abd. Rahman bin Sharif Omang (YDP PIBG SMK Elopura) telah dilantik menjadi penaung jawatankuasa ini.



Pihak swasta juga banyak menyumbang dalam menjayakan kempen derma darah SMK Elopura dengan memberi pelbagai jenis tajaan sama ada dalam bentuk wang, hamper, makanan, mahupun minuman. Sesungguhnya melalui aktiviti ini kerjasama erat antara warga SMK Elopura dan komuniti setempat, agensi swasta, dan kerajaan telah terjalin. Justeru, Kempen Derma Darah telah menjadi program kemasyarakatan utama dalam takwim aktiviti SMK Elopura dengan mensasarkan sebanyak 3 kali kempen iaitu bulan Mac, Julai, dan Oktober setiap tahun. Sesungguhnya Kempen Derma Darah ini melambangkan sifat penyayang dan prihatin warga SMK Elopura terhadap masyarakat setempat.






OBJEKTIF



  1. Melahirkan modal insan yang bermoral, berakhlak mulia, dan penyayang.

  2. Memupuk kesedaran dalam kalangan murid dan orang awam tentang peri pentingnya menderma darah untuk membantu mangsa yang memerlukan.

  3. Mengetahui kebaikan menderma darah dari segi kesihatan.

  4. Menerapkan budaya menderma darah sebagai sebahagian daripada kehidupan.

  5. Meningkatkan kerjasama antara warga Elopura, ibu bapa, komuniti setempat, syarikat swasta dan agensi kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...