Tuesday, September 27, 2011

KEMPEN DERMA DARAH KE 19 SMK ELOPURA BESTARI




KELAB PENDERMA DARAH SMK ELOPURA (B) AKAN MENGADAKAN KEMPEN MENDERMA DARAH BUAT KALI YANG KE 19 DI SMK ELOPURA.

TARIKH    : 01 OKTOBER 2011
TEMPAT   : DEWAN PERSONA SMK ELOPURA
MASA       : 08.00-12.00 PM


PARA PELAJAR DAN ORANG RAMAI SERTA IBU BAPA DIJEMPUR HADIR UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI KEMPEN MENDERMA KALI INI. KEMPEN KALI INI DIHARAP DAPAT MEMBANTU TABUNG DARAH DI HOSPITAL DUCHES OF KENT SANDAKAN.

Thursday, July 28, 2011

SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN 14 JUN 2011

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Duchess of Kent Sandakan telah diadakan pada 14 Jun 2011 bersamaan hari Selasa di Aras 1, Bangunan Hospital Pakar Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Majlis yang diadakan setiap tahun itu telah dirasmikan oleh yang Berusaha Dr. Zorina Khalid, Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Sempena sambutan itu, pihak Tabung Darah Hospital Duchess of Kent, Sandakan berbesar hati menjemput pihak Jawatankuasa Kempen Derma Darah SMK Elopura yang diwakili oleh cikgu Rahima Lagago dan cikgu Raiha Ab. Rahman.  Tema sambutan kali ini ialah MORE BLOOD MORE LIFE.  Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk menghargai para penderma darah khususnya dan organisasi yang menganjurkan kempen menderma darah amnya.  SMK Elopura amat berbangga kerana telah diberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dalam kempen menderma darah bagi tahun 2010.  Antara anugerah yang diterima adalah :

1.      Penganjur Kempen Derma Darah Tahun 2010
2.      Penganjur Kempen Derma Darah Paling Aktif Tahun 2010 (Kategori  Sekolah)
3.      Kutipan Paling Tinggi Tahun 2010 (Kategori Sekolah)
4.      Penderma Awam Aktif 2010 (Kategori Perempuan) – Rahima Lagago
5.      Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Lelaki) – 4 orang murid (Suparman Rusilin, Sada Ganing, Mohd. Azmie)











6.      Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Perempuan) – orang murid (Chin Su Mi, Isah Mohd. Hassan, Sabariah Junir, & Nurlisah Abd. Jalil)

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI KOKURILULUM SMK ELOPURA 2 [16 JULAI 2011]

  1. 5 murid tingkatan 5 (4 lelaki dan 1 perempuan) SMK Elopura berjaya menderma darah.
  2. 1 guru SMK Elopura berjaya menderma darah.
Diantara gambar-gambar yang dirakamkan









Thursday, June 16, 2011

KEMPEN DERMA DARAH KE 17 PERINGKAT SANDAKAN




KEMPEN DERMA DARAH KE 17 PERINGKAT SANDAKAN ANJURAN KELAB PENDERMA DARAH SMK ELOPURA


BERTEMPAT DI DEWAN PERSONA SMK ELOPURA PADA 18 JUN 2011 BERMULA JAM 08.00 PAGI. SESSI PENDAFTARAN BERMULA JAM 07.30 PAGI.

SMK ELOPURA MENJADI PENGANJUR UTAMA BAGI KEMPEN KALI INI YANG MELIBATKAN BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH SEKITAR DAERAH SANDAKAN.

MENGIKUT STATISTIK PENGANJURAN KEMPEN DERMA DARAH BAGI TAHUN 2010, KELAB PENDERMA DARAH SMK ELOPURA MERUPAKAN YANG KEDUA TERTINGGI BAGI DAERAH SANDAKAN IAITU SEBANYAK 326 KUTIPAN. INI MERUPAKAN KEJAYAN YANG MEMBANGGAKAN BAGI PIHAK SEKOLAH.

SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN 14 JUN 2011






       Guru-guru smk elopura bestari bersama dengan pelajar dan bekas pelajar menerima anugerah

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Duchess of Kent Sandakan telah diadakan pada 14 Jun 2011 bersamaan hari Selasa di Aras 1, Bangunan Hospital Pakar Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Majlis yang diadakan setiap tahun itu telah dirasmikan oleh yang Berusaha Dr. Zorina Khalid, Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Sempena sambutan itu, pihak Tabung Darah Hospital Duchess of Kent, Sandakan berbesar hati menjemput pihak Jawatankuasa Kempen Derma Darah SMK Elopura yang diwakili oleh cikgu Rahima Lagago dan cikgu Raiha Ab. Rahman.  Tema sambutan kali ini ialah MORE BLOOD MORE LIFE.  Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk menghargai para penderma darah khususnya dan organisasi yang menganjurkan kempen menderma darah amnya.  SMK Elopura amat berbangga kerana telah diberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dalam kempen menderma darah bagi tahun 2010.  Antara anugerah yang diterima adalah :

1.       Penganjur Kempen Derma Darah Tahun 2010
2.       Penganjur Kempen Derma Darah Paling Aktif Tahun 2010 (Kategori  Sekolah)
3.       Kutipan Paling Tinggi Tahun 2010 (Kategori Sekolah)
4.       Penderma Awam Aktif 2010 (Kategori Perempuan) – Rahima Lagago
5.       Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Lelaki) – 4 orang murid (Suparman Rusilin, Sada Ganing, Mohd. Azmie)
6.       Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Perempuan) – orang murid (Chin Su Mi, Isah Mohd. Hassan, Sabariah Junir, & Nurlisah Abd. Jalil)


Wednesday, May 4, 2011

KEBAIKAN MENDERMA DARAH...




Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’
di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/kebaikan-derma-darah.html#ixzz1LLC7H2MA
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro

APA ITU DARAH??


Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gasnutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.



Darah manusia

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobinprotein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigenkeseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.
Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.
Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

Komposisi

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
  • sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
  • Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
  • Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.

Kesihatan

Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.
Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalangexsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.
hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.
Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.
Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.
Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio "biohazard".
Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.

Penghasilan dan penguraian sel darah

Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjarthymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[1] Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati, sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang.
erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing.

Kepercayaan mengenai darah

Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai simbol pertalian keluarga; "pertalian darah" beerti mempunyai kaitan melalui leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan.
Penganut Kristian percaya bahawa wain Eucharist adalah atau melambangkan darah Yesus Kristus yang ditumpahkan untuk keselamatan (salvation) mereka.
Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan "medieval" salah satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (sanguine).

Darah haiwan bukan manusia

Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolymph) tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagai trakhea membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.
Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebrata kecil, oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin (biru) mengandungi tembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. "Sea squirt", antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata "oren") untuk pewarna pernafasaan.
Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah.

Darah diguna makanan

Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan SwedenYahudi dilarang campur keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat: kosher). Islam haramkan makan darah.

Tuesday, January 18, 2011

DERMALAH DARAH ANDA..."SETITIK DARAH ANDA MAMPU MENYINARI KEHIDUPAN INSAN LAIN"


KELAB DERMA DARAH 
SMK ELOPURA AKAN 
MENGADAKAN KEMPEN DERMA
 DARAH. KEMPEN TERSEBUT 
AKAN DIADAKAN SEBANYAK
 3KALI DALAM TAHUN 2011.
 ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR 
UNTUK MEMERIAHKAN ACARA 
BERKENAAN DAN SETERUSNYA 
MENDERMA DARAH.


1. KEMPEN DERMA DARAH KALI
 KE-16 AKAN DIADAKAN PADA:

  TARIKH  :    5 MAC 2011 [SABTU] 
  MASA       :   JAM 8.00PG - 1.00 TGH
  TEMPAT :    DEWAN SMK ELOPURA

2. KEMPEN DERMA DARAH KALI
 KE-17 AKAN DIADAKAN PADA:

  TARIKH :  9 JULAI 2011 [SABTU]
  MASA      :  JAM 8.00 - 1.00 TGH
  TEMPAT:   
DEWAN SMK ELOPURA

3. KEMPEN DERMA DARAH KALI 
KE-18 AKAN DIADAKAN PADA:

  TARIKH  : 1 OKTOBER 2011 [SABTU]
  MASA       : JAM 8.00 - 1.00 TGH
 TEMPAT  : DEWAN SMK ELOPURA

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR 
DAN MENDERMA DARAH DAN  
YANG LAYAK MENDERMA 
ANDA DIALU-ALUKAN..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...