Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.
Darah manusia
Darah manusia adalah cecair
tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut
oksigen diperlukan untuk
hidup diseluruh tubuh.
Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan
sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik,
dadah dan bahan kimia asing kepada
hati untuk diuraikan dan kepada
buah pinggang untuk disingkirkan sebagai
air kencing.
Komposisi
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel
corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah
plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.
Kesihatan
Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.
Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalangexsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.
hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam
mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan
hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.
Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti
anemia dan
thalassemia, memerlukan
pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai
bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai
jenis darah serasi dengan penderma.
Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah
AIDS, yang mana
virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah,
air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap
ancaman bio "biohazard".
Penghasilan dan penguraian sel darah
Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam
sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai
hematopoiesis, yang merangkupi
erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar
thymus, yang terdapat di
mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan
lymphocytes.
[1] Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh
hati, sementara hormon dihasilkan oleh
kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh
hypothalamus dan dikekalkan oleh
buah pinggang.
erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh
limpa, dan oleh
sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan
asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui
air kencing.
Kepercayaan mengenai darah
Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai simbol pertalian keluarga; "pertalian darah" beerti mempunyai kaitan melalui leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan.
Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan "medieval" salah satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (
sanguine).
Darah haiwan bukan manusia
Dalam
serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai
hemolymph) tidak terbabit dalam pengedaran
oksigen. (Bukaan dikenali sebagai
trakhea membenarkan
oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.
Dalam haiwan lain, fungsi utama
darah ialah mengangkut
oksigen dari
paru-paru atau
insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan
invertebrata kecil,
oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut
oksigen. Hemoglobin merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi.
Hemokyanin (biru) mengandungi
tembaga dan digunakan dalam haiwan
krustakean. "Sea squirt", antara haiwan laut, menggunakan
vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata "oren") untuk pewarna pernafasaan.
Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah.
Darah diguna makanan
Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di
England dan
Sweden.
Yahudi dilarang campur
keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat:
kosher).
Islam haramkan makan darah.