Thursday, September 30, 2010

Menderma tanggungjawab kita bersama
Apakah usaha dan peranan anda ?

Menderma darah
Apakah yang anda perlu tahu ?
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :

  • Sifilis

  • Malaria

  • Sakit jantung
  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya
Darah selamat bermula dari anda
Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah
Menderma darah adalah tanggungjawab bersama
Proses menderma darah
  1. Pergi ke Tabung Darah
  2. Isi borang
  3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
  5. Pengambilan darah
  6. Rehat & jamuan ringan
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
7. Saya terlalu sibuk
Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa
Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda 
Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma
Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut
Oleh itu...
mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan
tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseirang dan nyawa anda

Thursday, September 23, 2010

VIDEO KORPORAT KEMPEN DERMA DARAH PADA MACH 2010

KEMPEN DERMA DARAH KE 15

SMK ELOPURA SANDAKAN AKAN MENGADAKAN KEMPEN MENDERMA DARAH KALI YANG KE 15. KEMPEN DERMA DARAH INI AKAN DIAKAN PADA :


TARIKH :       2 OKTOBER 2010 (SABTU)
TEMPAT:       DEWAN PESONA SMK  
                       ELOPURA SANDAKAN
MASA    :       08.00 HINGGA 12.00 TGH HARI.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI ACARA TERSEBUT.

"SETITIK DARAH ANDA MAMPU MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAAN INSAN LAIN"

Monday, September 20, 2010

KEMPEN MENDERMA DARAH

KELAB PENDERMA DARAH ELOPURA AKAN MENGADAKAN KEMPEN DERMA DARAH LAGI..ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT SAMA MENJAYAKAN KEMPEN INI. TARIKH DAN MASA AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN.

Friday, June 25, 2010

PROMO

Kempen Derma Darah Kali Ke-14
Tarikh :  3 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1 petang

Sunday, March 7, 2010

TAHUKAH ANDA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung setia blog Kelab Penderma Darah SMK Elopura. Apa khabar hari ini? semoga and semua dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada rakan-rakan yang lain tentang bagaimana proses menderma darah dilakukan. Kepada rakan-rakan yang cukup syarat dan belum menderma darah, cubalah menderma darah. Tak sakit pun jarum tu. Rasa macam di gigit semut sahaja. Rasanya semut merah gigit lagi sakit, sampai boleh bengkak. Ok, disini saya akan tunjukkan bagaimana proses derma darah itu di laksanakan.

Langkah 1 : Pendaftaran nama penderma darah & isi borang pengisytiharan kesihatan anda pada hari tersebut

Langkah 2: Anda perlu menjalani tekanan darah dengan pegawai kesihatan yang bertugas

Langkah 3: Anda perlu ke kaunter pemeriksaan jenis darah. Di kaunter ini, anda boleh memeriksa golongan darah anda samada A, B, AB atau O. Di sini juga pegawai kesihatan akan memeriksa samada Hb (hemoglobin-sel darah merah) anda mencukupi. Setelah anda berjaya melepasi peringkat pemeriksaan kesihatan oleh pegawi yang bertugas, anda seterusnya akan dibekalkan, kit untuk menderma darah.


Langkah 4: Pegawai kesihatan yang bertugas, akan memeriksa salur darah anda. Kemudian...


Ha...untuk pengetahuan anda semua, darah dalam pek kecil ini, akan dijadikan sample di makmal nanti


ya...itu dia aliran darah yang akan masuk terus ke dalam beg darah..
Plaster akan di lekatkan supaya jarum tadi tidak bergerak-gerak atau tercabut.


Ini adalah sejenis alat untuk menimbang darah yang telah masuk ke dalam beg darah tersebut


Sambil-sambil tu, anda perlu menggenggam alat ini untuk melancarkan aliran darah. Dalam pada itu, pegawai kesihatan akan memantau tekanan darah anda semasa proses menderma darah.



Ini lah hasilnya...

Hmm... mudah saja kan?? Adakah anda berasa sakit?? Ohhh...tidak sama sekali. Ingatlah..sama-samalah kita menderma darah. Mungkin saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa pun amat memerlukan darah kita. Sumbangan anda amat besar bagi menyelamatkan berjuta-juta orang yang memerlukannya.

KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-11 (4 JULAI 2009)

Kempen Derma Darah kali ke-11 telah diadakan pada 4 Julai 2009. Sebanyak 131 beg darah telah dikutip pada hari tersebut.































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...