Thursday, June 16, 2011

SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN 14 JUN 2011






       Guru-guru smk elopura bestari bersama dengan pelajar dan bekas pelajar menerima anugerah

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Duchess of Kent Sandakan telah diadakan pada 14 Jun 2011 bersamaan hari Selasa di Aras 1, Bangunan Hospital Pakar Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Majlis yang diadakan setiap tahun itu telah dirasmikan oleh yang Berusaha Dr. Zorina Khalid, Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan.  Sempena sambutan itu, pihak Tabung Darah Hospital Duchess of Kent, Sandakan berbesar hati menjemput pihak Jawatankuasa Kempen Derma Darah SMK Elopura yang diwakili oleh cikgu Rahima Lagago dan cikgu Raiha Ab. Rahman.  Tema sambutan kali ini ialah MORE BLOOD MORE LIFE.  Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk menghargai para penderma darah khususnya dan organisasi yang menganjurkan kempen menderma darah amnya.  SMK Elopura amat berbangga kerana telah diberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dalam kempen menderma darah bagi tahun 2010.  Antara anugerah yang diterima adalah :

1.       Penganjur Kempen Derma Darah Tahun 2010
2.       Penganjur Kempen Derma Darah Paling Aktif Tahun 2010 (Kategori  Sekolah)
3.       Kutipan Paling Tinggi Tahun 2010 (Kategori Sekolah)
4.       Penderma Awam Aktif 2010 (Kategori Perempuan) – Rahima Lagago
5.       Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Lelaki) – 4 orang murid (Suparman Rusilin, Sada Ganing, Mohd. Azmie)
6.       Penderma Darah Aktif 2010 (Kategori Remaja Perempuan) – orang murid (Chin Su Mi, Isah Mohd. Hassan, Sabariah Junir, & Nurlisah Abd. Jalil)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...