Sunday, February 21, 2010
STATISTIK PENDERMA DARAH SMK ELOPURA (2005-2009)
TAHUN TARIKH BILANGAN PENDERMA
2005 20 Ogos 141
2006 11 Feb 70
9 Nov 66
2007 24 Mac 75
30 Jun 79
27 Okt 101
2008 29 Mac 86
5 Jul 32
25 Okt 98
2009 7 Mac 115
4 Jul 131
3 Okt 151
Saturday, February 20, 2010
SEKALUNG BUDI
1. Ablemen Sdn. Bhd.
2. Borneo Dispensary Sdn. Bhd.
3. Bornei Kalahari Goat Breeder
4. Chen Hing Electrical
5. Farmasi Walgreene
6. Global Ikhwan (Bakery House)
7. Hai Joo Bakery Confectionery Sdn. Bhd
8. Heng Loong Electrical Sdn Bhd
9. Kelly Cake House
10. Kinetics System
11. Klinik Dr.Raja
12. Klinik Elopura Sdn. Bhd
13. Klinik Heong
14. Klinik Liew
15. Klinik Mansur
16. Klinik Wawasan
17. KTS Plantation Sdn. Bhd.
18. Kretam Holdings Sdn. Bhd
19. Mee Ngar Bakery
20. Nestle Products Sandakan
21. Novelty Bakery & Confectionery Sdn bhd
22. Pasti Segar Sdn. Bhd.
23. Pemborong Masazillah (Pembekal Makanan Asrama SMKE)
24. Perabot CS Chan Sdn. Bhd.
25. Fat Cat Cake House
26. Restoran Adzie
27. Restoran Ajmeer
28. Restoran Habeeb
29. Restoran Hameed Curry House
30. Restoran Hidayah
31. Restoran Kenalanmu Seafood
32. Restoran Mawar 1
33. Sandakan Edible Oil Sdn. Bhd.
34. Sandakan Veterinary Clinic
35. Syarikat Robinson
36. Sedap Corner Sdn. Bhd.
37. Synlee Enterprise
38. Solia Pharmacy Sdn. Bhd
39. Tanah Emas Corporation Sdn Bhd
Tanah Emas Oilpalm Processing Sdn Bhd
40. Thomas Chiang Optimetrist
41. Wah Mie Realty Sdn. Bhd
42. Ex-Elopurian 97
Thursday, December 10, 2009
DERMA DARAH KALI KE-10 (7 MAC 2009)
Wednesday, December 9, 2009
SUASANA KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-8 (5 JULAI 2008)
SEKITAR KEMPEN DERMA DARAH KE-7 (MAC 2008)
SEJARAH PENUBUHAN KELAB DERMA DARAH SMK ELOPURA

Program ini merupakan cetus idea Cikgu Raiha Ab. Rahman (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional). Idea ini terus dipanjangkan kepada Ustaz Abdullah Hamzah (Ketua Panitia Pendidikan Islam). Atas kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) Persatuan Tingkatan Enam (PEPTEE), dan guru-guru tingkatan enam, dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di samping mendapat sokongan kuat daripada Pengetua SMK Elopura, program ini telah berjaya dijalankan buat kali pertamanya pada tahun 2005. Sambutan daripada murid tingkatan enam khasnya dan tingkatan lima serta guru amnya amat menggalakkan. Ekoran itu, program ini dijadikan program tahunan dalam Takwim Panitia Pendidikan Islam. Untuk tahun 2006, program ini dijalankan sebanyak 2 kali.
Bermula bulan Jun 2007, Program Derma Darah telah diselaraskan oleh Ketua Bidang Kemanusiaan (Rahima Lagago) dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional (Raiha Ab. Rahman) memandangkan Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustaz Abdullah Hamzah telah berpindah ke Maktab Tawau. Dibawah kelolaan kedua-dua Ketua Bidang di atas, program ini mendapat sambutan lebih baik daripada murid-murid SMK Elopura. Setiap tahun SMK Elopura merupakan sekolah yang paling tinggi menyumbang kutipan darah untuk Tabung Darah Hospital Duchess Of Kent. Malah Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Dr. Zorina Khalid sangat berbangga dan berpuas hati dengan sumbangan dan komitmen warga SMK Elopura dalam membantu pihak hospital.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan program, selain persatuan PERPIS dan PEPTEE, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pelajar asrama juga terlibat secara aktif. Walau bagaimanapun penglibatan ibu bapa agak kurang memberansangkan. Oleh yang demikian, bermula tahun 2009 PIBG SMK Elopura telah dilibatkan secara langsung dengan penubuhan Jawatankuasa Kempen Derma Darah. En. Sharif Abd. Rahman bin Sharif Omang (YDP PIBG SMK Elopura) telah dilantik menjadi penaung jawatankuasa ini.
Pihak swasta juga banyak menyumbang dalam menjayakan kempen derma darah SMK Elopura dengan memberi pelbagai jenis tajaan sama ada dalam bentuk wang, hamper, makanan, mahupun minuman. Sesungguhnya melalui aktiviti ini kerjasama erat antara warga SMK Elopura dan komuniti setempat, agensi swasta, dan kerajaan telah terjalin. Justeru, Kempen Derma Darah telah menjadi program kemasyarakatan utama dalam takwim aktiviti SMK Elopura dengan mensasarkan sebanyak 3 kali kempen iaitu bulan Mac, Julai, dan Oktober setiap tahun. Sesungguhnya Kempen Derma Darah ini melambangkan sifat penyayang dan prihatin warga SMK Elopura terhadap masyarakat setempat.
OBJEKTIF
- Melahirkan modal insan yang bermoral, berakhlak mulia, dan penyayang.
- Memupuk kesedaran dalam kalangan murid dan orang awam tentang peri pentingnya menderma darah untuk membantu mangsa yang memerlukan.
- Mengetahui kebaikan menderma darah dari segi kesihatan.
- Menerapkan budaya menderma darah sebagai sebahagian daripada kehidupan.
- Meningkatkan kerjasama antara warga Elopura, ibu bapa, komuniti setempat, syarikat swasta dan agensi kerajaan.

